Pada kuliah minggu k-13, kami telah melakukan resensi bagi buku Multimedia Dalam Bahasa. Pembahagian tugas dalam melakukan slide diberikan untuk setiap bab. Kerjasama diberikan oleh semua dalam kumpulan kami. Dengan melakukan tugasan ini, banyak manfaat kami perolehi. Hal ini bermaksud ketika melakukan slide kami melakukan pembacaan terlebih dahulu sebelum memasukkna point-point yang penting sahaja di dalam slide dan dihuraikan secara jelas semasa pembentangan. Diberikan masa selam 30 minit sahaja bagi setiap kumpulan.
Tugasan Podcast
Tugasan podcast telah diberikan oleh Prof. Normaliza. Kami perlu memilih satu podcast untuk dibentangkan secara individu. Pembentangan ini selama 5 minit bagi setiap individi. Podcast yang dipilih haruslah berbeza dengan individu yang lain tetapi channel podcast yang sama boleh. Apa yang perlu kami bentangkan adalah latar belakang, keistimewaan, kadungan yang terdapat dalam podcast dan sebagainya.
Berikut merupakan giliran kumpulan bagi pembentangan podcast:
1. SaPe Production
2. KJK Production
3. Romulo Production
4. ATMA Production
5. VA Production
Podcast yang dipilih oleh saya bertemakan kesihatan mental. Podcast ini merupakan daripada Ceri Kembang Studio di youtube. Banyak manfaat yang saya perolehi daripada podcast ini. Saya lebih memahami tentang mental ilness seperti anxiety yang bukan sahaja menunjukkan simpton yang berat malah simpton yang ringan sudah dikatakan kita mempunyai penyakit anxiety seperti yang diceritakan oleh Piji dalam podcast tersebut. Semoga dapat memberikan manfaat kepada semua. Berikut merupakan link google drive:
https://drive.google.com/file/d/10uugPlPXUOnwjNXGTMysMqAkKMHCRmy_/view?usp=sharing
Infografik: Media Sosial
Di bawah merupakan infografik tentang media sosial. Terdapat 7 media sosial iaitu facebook, twitter, instagram, youtube, linkedin, youtube dan tiktok yang mempunyai kelebihan masing-masing.
Asas Videografi: Video Setempat
Video setempat merupakan video yang tidak memerlukan suntingan. Video yang dirakam hanya di satu tempat sahaja dan tidak beralih dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Di dalam video tersebut hanya terdapat suara individu yang merakam video tersebut. Seseorang yang suka membuat rakaman video sebegini boleh dijadikan kenangan. Jadi, saya mengambil video ini di halaman rumah saya pada waktu petang. Bersantai di luar rumah dan bermain bersama kucing kesayangan saya. Cabaran yang dihadapi semasa membuat rakaman video ini adalah kucing saya tidak memberikan kerjasama. Kucing saya larikan diri semasa saya merakam video dan terpaksa saya membuat rakaman yang lain.
Berikut merupakan video rakaman saya:
Akaun: LinkedIn
Prof. Normaliza memberikan tugasan untuk mendaftar akaun LinkedIn kerana ianya mempunyai banyak manfaat seperti memberi peluang untuk mencari kerja. Jadi, di bawah merupakan link akaun LinkedIn saya:
www.linkedin.com/in/nurul-amira-681b53240
Asas Videografi: Video Tragedi
Kami dikehendaki membuat satu lakonan bagi video tragadi. Tema atau tajuk adalah bebas diberikan kepada semua kumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan sebuah video tragedi. Jadi, kumpulan VA Production telah memilih tajuk ''Mati'' bagi video tragedi. Cerita ini mengisahkan tentang seorang pelajar yang gagal dalam pelajaran dan dipalau oleh kawan-kawan. Pelbagai ujian yang dihadapi dan menyebabkannya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Berikut merupakan video rakaman kumpulan kami:
Asas Videografi: Video Seram
Video seram dilakonkan oleh kumpulan VA Production yang bertajuk ''Teman Baru''. Agak susah melakonkan video ini tetapi kami sekumpulan telah berjaya memberikan kerjasama dalam menyiapkan video ini. Pelbagai cabaran yang dihadapi dalam menjayakan video ini kerana untuk membuat penonton terasa seram agak susah. Tapi diharapkan sesiapa yang menonton terasa seram dalam diri. Berikut merupakan video pembentangan kumpulan kami:
Asas Videografi: Video Lagu
Video lagu ini telah diberikan lagu yang bertajuk ''Dua Insan'' dan perlu dilakonkan mengikut kreativiti masing-masing. Jalan cerita untuk memastikan sesuai dengan lagu yang diberikan dibincangkan bersama-sama dengan 11 orang dalam kumpulan kami. Berikut merupakan rakaman video kumpulan kami:
Asas Videografi: Video Fokus
Video fokus yang merupakan video yang wajib dibuat oleh setiap kumpulan. Video fokus ini tidak perlu nampak seluruh badan hanya separuh badan serta perlu memfokuskan pada sesuatu benda. Sebagai contoh, kumpulan kami memfokuskan kepada '' wang RM50''. Agak susah untuk membuat video ini kerana untuk memastikan apa yang ingin disampaikan itu difahami oleh penonton dengan hanya fokus kepada wang yang bernilai RM50. Berikut merupakan rakaman video kumpulan kami:
-
Minggu 1: Kehadiran Minggu 2: Elemen Asas Grafik Instagram 1.0 Kehadiran Minggu 3: Instagram 2.0 Asas Fotografi: Long Shot Asas Fotografi: ...
-
Sedikit perkongsian ilmu daripada saya kepada anda semua. Di bawah merupakan cara untuk mendaftar akaun instagram. Cara yang mudah dan senan...
-
Assalamualaikum and hai. Mula2 saya perkenalkan diri dulu laa ye. Nama diberi Nurul Amira binti Maishor. Boleh je panggil ''miraaaaa...