Sekolah pertama saya ialah Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka. Jadi, inilah sekolah kebangsaan saya yang pertama dan terakhir. Dari darjah 1 hingga darjah 6, setia dengan sekolah ini sahaja. Sekolah yang bnyak kenangan zaman budak-budak. Masuk darjah 6, kena fokus dekat peperiksaan UPSR. Haaa cakap pasal UPSR ni teringat dekat result UPSR. Alhamdulillah dengan hasil usaha yang dapat walaupun keputusan yang dapat tiada segempak kebabommmmmm. Bersyukur !!!!
Okay ini sekolah terakhir saya. SMK Kota Bharu. Sekolah ni betul-betul dekat dengan bandar sebab itu nama begitu rupa. Sekolah ini saya sambung tingkatan 6. Maka bermulalah kembali kehidupan saya sebagai pelajar di sekolah. Back to school !! Tidak mengapa tiada rezeki untuk sambung dekat IPT dan ada rezeki untuk sambung dekat sini. Mula-mula dapat kos Sains untuk sambung tingkatan 6 tapi rasa macam tidak boleh diteruskan je hmm jadi saya tukar ambil kos Sastera. Best jugak sambung tingkatan 6 ni sebab sekejap sahaja setahun setengah selepas itu, dapat sambung degree. Belajar, belajar dan belajar keluar keputusan STPM alhamdulillah seterusnya, dapat sambung ke IPT.
Universiti Putra Malaysia menjadi pilihan saya untuk sambung degree. Saya mengambil jurusan Bachelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan kepujian. Rasa bangga dalam diri dapat sambung sini hahaha Universiti kedua tebaik kut. kau hadoooo? hahaha InsyaAllah saya akan jadi pelajar yang cemerlang terbilang di UPM. Amiin !!
No comments:
Post a Comment